Tahu Dah Cara Nak Buat Brownies Paling Senang

Tahu Dah Cara Nak Buat Brownies Paling Senang

Yes, tahu dah recipe nak buat brownies yang paling senang. Antara semua recipe yang saya pernah tengok dan juga cuba bake, recipe inilah yang kurang mengunakan bahan yang fancy dan cara nak buat senang. Yaling penting  penting hasilnya dapat brownies. Bukannya kek coklat. Ada recipe yang title brownies, tapi lepas dah bake jadi cake sponge macamtu. Ada yang rasa tak sedap & jadi bantat macamtu. Taknaklah bake penat-penat, and then dalam mindset tak sabar nak makan brownies, tiba-tiba hajat tak kesampaian. Ke saya ni yang tak pandai membakar.

Tapi recipe yang ini memang menjadi. Recipe ni pada mulanya dicuba oleh adik Lina. Adik Lina bake brownies guna recipe daripada blog dan Lina bawa brownies ke office. Bila Lina offer and saya makan, terus saya minta recipe.  Mesti kena minta recipe brownies yang sedap & betul-betul dapat rasa brownies.  Rasa brownies maksudnya ada rasa chewy.

Bila Lina share link recipe, tengok cara nak buat pun tak complicated. Bahan fancy pun setakat satu dua. Maksud fancy ialah bahan yang bukan common di dapur saya. Dapur sayalah. Just nak kena beli coklat compound dan butter. Yang lain-lain dah ada di dapur saya.

Nak tahu cara nak buat brownies yang tak complicated dan confirm ada rasa chewy, tengoklah di bawah.

Tahu Dah Cara Nak Buat Brownies Paling Senang


CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT' 
(From Blog Juicycafe)

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 40 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.(recipe asal 30 minit)
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.


Senangkan nak buat brownies guna recipe ni. Boleh dapat brownies kedut lagi. Dak Mus kalau setiap kali balik PJ, mesti dia request suruh saya buat brownies ni. Kalau saya buat, dapat makan brownies yang betul-betul menjadi, dengan banyak. Nak beli, one piece mau RM5. One piece bukan sebesar one pice kek Secret Recipe tu tau. Seciput jea. Celah gigi pun tak lepas. Ni dah pandai buat brownies sendiri, dah tak perlulah beli di bakery lagi.

Share this:

CONVERSATION

7 comments:

  1. wahh nampak sedap! boring2 kena try nieyh! hikhik

    singgah :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. makan pula dengan aiskrim vanilla..

    ReplyDelete
  3. saya pun buat guna resepi sama macam ni.. tak banyak kore dan yang penting menjadi dan sedap

    ReplyDelete
  4. nampak senang. nak try nanti laaaa

    ReplyDelete