Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam

Member office ada cerita kalau setiap kali makan di restoren cina muslim, suka order ayam Kam Heong. Ada seorang lagi pun cakap suka order masakan Kam Heong kalau makan di kedai ikan bakar. Saya pulak blur-blur Kam Heong ni macam mana rupa & rasanya. Nampak sangat iolsss sangat economical kan.  Jarang makan luar sampai Kam Heong pun saya tak kenal. Padahal Kam Heong bukannya menu baru pun. Taklah tu bukannya economical. Itu namanya buta dapur. Ahaks.

Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
Nak jugak guna magic filter ni.


Ada satu weekend haritu rasa malas nak masak. Ajaklah Kimchi makan di luar. Nak try masakan Kam Heong di kedai Cina Muslim. Pilih makan di Mohd Chan Restaurant sebab ni jea kedai Cina Muslim yang dekat dengan Tesco. Lepas makan, boleh terus shopping barang dapur di Tesco ni.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
 dim sum chicken salted egg


Nak sangat makan masakan Kam Heong, saya & Kimchi sama-sama order masakan Kam Heong. Saya order Nasi Masak Kam Heong  Ayam while Kimchi order Nasi Goreng Kam Heong Special. Then order dim sum chicken salted egg untuk appitizer.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
Nasi Masak Kam Heong  Ayam


Dapat-dapat jea saya punya Kam Heong, first expression Kam Heong ni lebih kurang macam masak bali. Ada daun kari & kuah kicap. Kalau sekali tengoklah. Bila tengok lama-lama, lainlah dengan masak bali. Kuah Kam Heong lagi pekat & tak ada guna serai. Rasa kari Kam Heong lagi kuat sebab ada guna serbuk kari dalam kuahnya.. Yang Kimchi punya Kam Heong, lain pulak. Lebih kurang macam nasi goreng kicap yang ada udang sebagai topping. Rasanya mak aiii sangat pedas. Potongan cili padi dalam nasi goreng ni boleh tahan jugak banyaknya. Jenuh Kimchi duk buang satu-satu cili padi ni. Tapi dua-dua yang kitaorang order ni sedap jea.


Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
 Nasi Goreng Kam Heong Special


Tengok resipe di Google tak susah pun nak buat Kam Heong ni. Lebih kurang macam masak Bali. Bahan-bahannya jea yang banyak tak ada di dapur seperti udang kering, minyak bijan & kicap cair (ado kicap biasa jea). Bahan yang lain semua ada seperti sos tiram, kicap pekat, daun kari & etc. Next time rasa nak makan Kam Heong lagi, bolehlah cuba buat. Tapi kalau malas nak beli bahan yang setakat nak masak Kam Heong ni jea (macam minyak bijan), pergi sahajalah makan di Mohd Chan lagi. Hehe.

Share this:

CONVERSATION

7 comments:

  1. Ana kalau ke chan dollah selalu order nasi putih dan lauk2 mcm ikan sweet sour. Tahu dan Dimsum pun suka juga 😍

    ReplyDelete
  2. First time dengar masakan Kam Heong, tak pernah tau pun kewujudan dia sebelum ni. Hihi

    ReplyDelete
  3. Alaaaa...terus perut kita lapar la....

    ReplyDelete
  4. Alaahaiiii... dimsum tu menarik perhatian perut

    ReplyDelete
  5. Sedap tu ....
    Kak nina kalau pi Chinese Muslim restoran akan order salted egg squid.
    Tetiba terliur lak... haha

    ReplyDelete
  6. kalau pergi makan restoran cina muslim xprnh pulak order menu ni.slalu order lauk2 dan nasi putih.tapi ketam salted egg wajib

    ReplyDelete
  7. Cam sedap je menu tu..
    Nanti boleh ajak hubby dating sini..

    ReplyDelete