Ditahan Daripada Naik Penerbangan Ke Langkawi

Tips Naik Penerbangan Untuk Kanak-Kanak


Antara banyak-banyak flight yang saya pernah  naik sebelum ni, flight yang terbaru nak naik ni adalah yang first saya kena tahan oleh sekuriti. Kena tahan untuk penerbangan domestic pulak tue. Yang menahan saya adalah polis bantuan sebab penerbangan domestic. Padahal flights yang saya pernah naik yang mostly international, tak pernah pun kena tahan dengan imigresen. Reason saya ditahan adalah kerana…. DISYAKI MENCULIK DAK ZAFRAN & MENCUBA MELARIKAN DAK ZAFRAN KE LANGKAWI. Ok ini tipu..over sangat. Too melodramatic atau apa-apalah perkataan yang sesuai dengannya. Macam tak boleh diterima dek akal pulakkan, disyaki menculik anak sendiri.  Kalau betul pun mesti terus kena tahan lokap kan. Ni setakat tak bagi naik flight ke Langkawi jea. Punca utama tak bagi naik flight ke Langkawi adalah Dak Zafran tak ada pengenalan original baik mykid mahupun surat beranak. HAHAHA.. Again HAHAHA...Memang salah sendirilah kan, tak ada sekali mykid Dak Zafran. Mykid nya ada dengan Kimchi dan Kimchinya di Langkawi. Excited dengan anak first sampai nak simpan sendiri mykid Dak Zafran. Masalah pada Dak Zafran jea. Saya boleh jea naik flight. Tapi tak akan nak tinggalkan Dak Zafran. Mengada-ngada dia pun, akan rasa missing and empty and tak enjoy bercuti jugak kalau Dak Zafran tak ada sekali.


Actually saya ada jea bawa salinan surat beranak yang ada cop Salinan yang sah oleh pegawai kerajaan. Sebelum ni boleh diterima pakai. Tapi sekarang, bak kata polis bantuan tu, memo  yang telah diluluskan oleh orang besar mana entah, telah dikeluarkan pada betul-betul akhir tahun lepas iaitu pada 28 Disember 2016 mengatakan, kena ada pengenalan diri yang original atau asal(Ya Allah panjangnye ayat ni. malas nak pikir nak letak fullstop kat mana).  So, salinan yang ada cop pengesahan najib ke maslan ke atau report polis mengatakan hilang ke, semua dah tak boleh diterima.

Mula-mula dah give up and fikir nak balik rumah. Tapi Kimchi cakap jangan give up selagi belum sampai boarding time. Try lagi discuss dengan Puan-Puan Polis Bantuan tue. Yeala, memo itupun baru jea dikeluarkan & semua pun tak diberitahu akan perihalan tersebut(dah kenapa  ayat sastera sangat nih). Even masa check in di MAS pun, pekerja MAS pun belum di brief  tentang memo ini. Try discuss lagi, cakap mykid ada dengan ayahnya di Langkawi. Nak naik flight ke Langkawi nanti, nak jumpa ayah Zafranlah nie. Nak naik flight dari Langkawi, nanti tak ada masalah dah. Masih lagi tak boleh diterima alasan tue. Dah betul-betul tinggal 20 minit sebelum boarding time, barulah polis bantuan beritahu ada another option untuk naik flight. Caranya buat report polis mengatakan sekian sekian sekian. Malaslah nak cerita in details. Ceh, time kena tahan di sekuriti pukul 6:30pm tadi, bukan nak beritahu option B nih. Dah betul-betul last minute baru beritahu. Maybe dia tengok saya ada spirit of never give up kind of thing sebab sanggup tunggu sampai pukul 8pm. Tue yang dia datang ke saya & beritahu option ni.  So, pergi berlari ke pondok polis untuk buat report. Nak report boleh tahan jugak makan masanya.

Dah siap report, saya berikanlah kepada polis bantuan yang suggest  second option tue. Ingatkan dah lepas dah. Rupa-rupanya belum lagi. Dia nak minta persetujuan dahulu daripada pegawai a.k.a bosnya. Mygaddddd….Dak Zafran dah buat drama air mata plus melalak dah kat tepi saya. Kalah drama Akasia Samarinda TV3. Time report saya nak dapat approval, ada satu family yang ada baby, kena tahan juga sebab case yang sama. Rasanya baby tue yang ada problem. Saya tak adalah nak dengar betul-betul apa masalah diaorang. Sebab masalah saya pun tak settle lagi. Saya tahu family tue ada masalah sama macam saya pun sebab polis bantuan yang check diaorang terus cakap “haa, ini seorang lagi ada masalah yang sama”.

Setelah puan polis bantuan tue buat & terima panggilan sebanyak berapa kali entah, akhirnya dan akhirnya dan akhirnya saya & Dak Zafran dibenarkan melepasi sekuriti jugak… Tapi belum boleh tarik nafas lega lagi. Sebabnya dah tinggal berapa minit sahaja sebelum gate ditutup. Memang pecut-sepecut yang habis ke gate. Dahlah dapat gate yang paling hujung iaitu gate 9. Jantung dah macam nak tercabut dah. Lari punya lari sampai jugak gate 9 and ada beberapa orang yang tinggal tengah beratur untuk masuk and dua orang mat salleh yang still duduk sebab tunggu final call. Thanks to Mat Salleh tu kerana indirectly tolong melengahkan  masa penutupan gate.


Tips Naik Penerbangan Untuk Kanak-Kanak
Lepas jugak Dak Zafran naik flight ke Langkawi

Akhirnya, baru betul-betul  boleh tarik nafas lega bila saya dan Dak Zafran dah berada di dalam flight. Sepatutnya entri nak cerita pasal pengalaman pertama naik flight dengan Dak Zafran tak pun flight pertama Dak Zafran. Tapi sebab ada drama ni, terpaksalah tukar content entri ini. Satu lagi,  entri ini tak cukup in details saya cerita apa yang betul-betul berlaku masa itu. Sebabnya hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. Hahaha. Kepada semua yang bantu saya haritu especially Niita dan juga ada seorang staff (tolong tolak stroller Zafran), I would to say many thanks to all of you. Sebab kan all of you, sampai jugak saya ke Langkawi yang last sekali sampai sana semasa darjah tiga dahulu.

Moral of The Story/Tips Naik Penerbangan Untuk Kanak-Kanak

Kalau naik apa-apa flight, make sure semua yang naik flight ada bawa sekali pengenalan diri yang ORIGINAL. I repeat again YANG ORIGINAL…. Kalau international, kurang ada masalah for both adult and children. Kalau dah nama nak pergi oversea, mesti akan sentiasa make sure passport dibawa bersama. Kalau domestic, bahaya sedikit.  Kalau kita yang dewasa ni, tak apalah sebab Mycard sentiasa dibawa bersama ke mana-mana seperti handphone(apasal handphone). Yang kanak-kanak, kadang-kadang terlepas pandang. Yealah. Ada yang belum buat mykid lagi. Surat beranak pulak jarang sentiasa dibawa bersama-sama sebab lecehkan. Tapi benda leceh & tak buat inilah,  akan terjadilah isu-isu yang salah satunya kena tahan oleh polis bantuan macam yang berlaku pada Dak Zafran bucuk sorang ni. Saya ni just dapat rezeki last minute, dibenarkan tunjuk report police. Tapi nak jalan paling selamat, buatlah apa yang saya baru beritahu tadi.


Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. phew nasib baik lepas jugak kan. kenapa la last minit baru bagi option mcm tu. sengaja betul cari pasal ahahaha. reminder and reference for future ni! takut nanti terlupa n terbuat benda yg sama.

    ReplyDelete
  2. betul tu, must original..
    sy pernah nak ke sabah, mykid tak siap lagi, nasib my mother pesan suruh bawak surat beranak yg original, mmg betul depa nak tgok benda tu walpun surat beranak tu besar gedabak saiz a4

    ReplyDelete
  3. Lahai..cerewetnya ...nasib baik yaya dah ada mykid dgn saya

    ReplyDelete