Beraya Di Enam Buah Rumah Pada 19 Syawal 1437

Enam buah rumah tu. Actually asalnya Ahad tu just ada dua jemputan raya jea iaitu Rumah Kak Da & Rumah Hawa. Tiba-tiba dapat dua lagi jemputan dari member-member Kimchi pada malam ahad. Kedua-duanya tinggal di Saujana Utama jugak. Member Ex-AKMAL Kimchi tinggal di Bukit Saujana, while Member Ex-Hartalega di Saujana Utama 3. Dah alang-alang dah beraya di Saujana, pergi beraya di rumah Maksu & Cu. Maksu & Cu tinggal di taman yang sama iaitu di Pristana, dalam Saujana jugak.

Start beraya di Rumah KakDa. Pergi rumah KakDa dengan perut kosong sebab nak breakfast  di situ. Macam-macam juadah KakDa prepare iaitu pulut kuning, rendang ayam, mee kari, sagu, kek coklat & kek sarang semut. Kata KakDa, dia bangun pagi nak prepare semua tu. Dasyat betul KakDa boleh masak semuanya dalam masa yang singkat.

Nampak Abah getting better

Juadah yang disediakan oleh KakDa seorang jea

Dak Zafran meragam time ni. Sebab kena paksa bangun pagi. Zafrannye tak cukup tidur. Semalamnya dia langsung tak tidur sebab ada pergi beraya & malamnya pulak ada orang datang beraya di rumah pulak. Tu yang tak puas tidur tu. Dah kena ada kat PJ pada pukul 10 pagi. Nak bersiap-siap lagi. Pastu nak kena gerak dari Saujana ke PJ pun ambil masa 30 minit jugak(kalau Kimchi yang drive. Kalau saya, sejam kot). Tu terpaksa kejutkan awal. 

The Tantrum Zafran

Dah makan semua makanan yang KakDa, layan cerita Hindustan pulak. Tapi tengok sekejap sebab mak nak balik. Nak masak untuk keluarga ayahchik & Ayahhar, yang datang beraya petang tu.


Layan Hindustan jap

Dah balik dari rumah KakDa, singgah rumah Mak & Abah. Terpaksa kena tidurkan Dak Zafran sebab dah meragam tahap maksima. Nasib baik Open House rumah Hawa start lambat iaitu pada pukul 3pm.
Bila Zafran dah bangun, terus gerak ke rumah Hawa. Dah sampai di area rumah Hawa, sesat pulak. Call Hawa, mintak dia guide ke rumahnya. Tapi jadi lagi sesat.Haha. Bila perempuan bercakap dengan perempuan pasal jalan, ginila jadinya. Last last Hawa pass phone dia kat husband dia & saya pass ke Kimchi. Lelaki bercakap dengan lelaki, tak sampai 3minit terus sampai rumah. Itulah perbezaan lelaki & perempuan bila bercakap pasal jalan.Haha.

Dak Zafran hampir nak meragam. Zafran taknak masuk rumah Hawa. Nasib baik ada tembikai kat rumah Hawa. Umpan Zafran dengan buah tembikai, terus boleh bawak Zafran masuk rumah Hawa.
Zafran taknak pandang kamera

Open House Hawa ada nasi kerabu. Nasi kerabu yang Hawa suka beli & makan di office.Memang sedap. Sebelum ni dapatlah menumpang makan Hawa punya, kalau dia ada bawak makan di ofis. Sekarang dah tak adalah sebab Hawa dah resign.Huhu. Juadah lain ada kuih-muih & roti jala. Semuanya sedap.

Haraz pulak taknak pandang kamera

Lepas beraya rumah Hawa, pergi rumah member Ex AKMAL Kimchi di Bukit Saujana. Tuan rumah serve nasi lemak & laksa. Another juadah berat. Nasi pulak tu. Lepas makan, dah terasa kesenakan perut.
Zafran di rumah  member ExAkmal Kimchi

Nak dekat Maghrib, beraya di rumah Ex hartalega Kimchi di Saujana Utama 3. Juadah yang dihidangkan adalam mee goreng. Oh my...Makan jugak sebab sedap. 

Ketiga-tiga Ex-Hartalagian

Tengah makan mee goreng

Geng-geng isteri

Di rumah Maksu, ingatkan dah tak ada makan yang heavy sebab dah pesan dengan Maksu tak payah susah-susah prepare makanan untuk kitaorang. Just serve kuih raya pun cukup. Tapi Maksu serve jugak pizza domino. Biasalah tuan rumah mesti akan hidangkan something untuk tetamunya. 

Last but not least, pergi beraya rumah Cu. Cu serve bihun sup. Pastu ada minum air zam-zam sebab Cu baru lepas balik dari umrah. 

Paksu Lan di situ

Muka dah sembab sebab dah kepenatan & terlalu kenyang

Balik rumah terus pengsan atas katil . Terlampau kenyang sangat. Semua rumah yang pergi rumah beraya hari Ahad ni, tuan-tuan rumah semuanya generous belaka. Serve makanan berat ajea. Mahu Saya & Kimchi gain weight lepas ni.hehe.Btw, thanks sebab serve kitaorang juadah yang sedap-sedap.Next year, InsyaAllah tahun depan kitaorang akan datang beraya lagi.


Share this:

, , , ,

CONVERSATION

4 comments: