Plan Nak Tunjukkan Ale & Ida Jalan Ke Ikea Tapi Terjebak Shopping Jugak.

Ikea adalah tempat wajib Ale & Ida pergi, setiap kali kalau turun KL. Memang tempat favourite Ida shopping. Then, Ale & Ida baru masuk rumah baru. Banyakla barang rumah yang nak dibelinya. 

Saya & Kimchi bawakkan  Ale sefemili ke Ikea sebab takut diorang tak berapa familiar jalan KL. Nak pergi dari Sungai Buloh pulak tu. Dah sampai sana, habisla tugas penunjuk jalan. So, patutnya just window shopping sambil teman diaorang shopping. Tapi at the end, saya & Kimchi terjebak jugak shopping di situ. Habis seratus lebih pulak tu. Kalau dah di Ikea, tak adanya balik dengan tangan kosong. Beli apala sampai seratus lebih. Kitaorang beli Linnmon/Adils table yang harga RM90, Adde chair berharga Rm35, shelve & bekas kaca. Actually memang nak beli meja & kerusi Ikea ni. Nak beli untuk ruang kerja, mengantikan coffee table sekarang ni. Bila ada proper meja kerja untuk laptop, printer & etc, kuranglah Dak Zafran kacau & main laptop. Selamat sedikit laptop ni. Meja ni tinggikan compare to coffee table. Susah sedikitla Dak Zafran nak mencapai. Satu lagi, harga pun not bad & design pun cantik.




Cepat jea dapat meja kosong sebab orang tak ramai. Kirin & Ika pun ada join sekali.

Belated birthday Girl with her favourite Auntie Mimie

Celebrate Zara's belated birthday jugak di Ikea Restaurant. Nasib baik orang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang nak beli makanan. Sebab sampai di Ikea dah petang, ramai yang dah balik. Kalau pergi time peak hour macam pukul 10pm-2pm, memang akan crowded macam tin sardin.



Tadaa..ruang kerja baru. Actually bila Dak Zafran dah bertambah cerdik nanti, boleh jea dia panjat kerusi tu & main laptop..hehe

Coffee table lama dijadikan tempat letak printer, sebelah kiri tu.

Lepas ni kalau pergi Ikea nak beli apa pulak lagi. Ida dah tanya-tanya bila lagi nak pergi Ikea lagi sebab nak kirim barang. Bolehlah beli Serving Stand 2 tier macam dalam gambar bawah. Lama jugak aim nak beli stand ni untuk letak buah. Stand ni jugak boleh guna kalau nak serve kuih/etc untuk tetamu. Design pun cantik. Ok, coming soon yea Serving Stand 2 tier ni..




Share this:

,

CONVERSATION

2 comments: