Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)


Bagi yang mengambil bachelor Degree of Chemistry, bolehlah daftar sebagai ahli IKM(Institut Kimia Malaysia yang dikenali sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry).

Kelebihan daftar sebagai MMIC adalah apa-apa scientific analysis report yang diluluskan oleh MMIC, akan menjadi lebih reliable & recognized. Apa-apa report yang kena digunakan di mahkamah haruslah mempunyai kelulusan oleh MMIC.  Jika tiada, report ini tidak valid. Selain itu, title untuk MMIC akan bertukar dari Chemist kepada Certified Chemist. Dan jika berlaku kemalangan jiwa pada MMIC, akan dapat sumbangan sedikit dari IKM.

Nak daftar sebagai MMIC senang sahaja. Syarat-syaratnya adalah:

1. Ada Bachelor of Science in Chemistry (Tulen/Gunaan). 
2. Ada working experience dalam bidang Kimia sekurang-kurangnya tiga tahun.
3. Umur 21 tahun dan ke atas.

Jika memenuhi semua syarat di atas, ikuti semua cara di bawah:

2. Download borang dengan click Membership Application Form & Isi. Tiga gambar passport perlu disediakan.
3. Kalau nak percepatkan process permohonan, dapatkan sekurang-kurangnya dua referee letter dahulu. Time saya buat permohonan, saya dapatkan referral letter dari R&D HOD & Perkin Elmer Product Specialist(Lab Equipment Supplier). Klik SINI untuk lihat contoh referral letter.
4.  Dah dapat dua letter, submit dua referrel letter ini berserta:
     a. dua set form yang dah diisi,
     b. Salinan sijil kelulusan dalam ilmu kimia & transkrip akademik yang disahkan. Untuk               pengesahan, boleh minta dari pegawai kerajaan, pesuruhjaya sumpah atau pegawai             di IKM.
     c. Salinan IC yang disahkan.
     d. Yuran pendaftaran RM200.Dah siap submission, tunggu application kita diluluskan. 

Apabila sudah diluluskan, IKM akan pos  sijil Perakuan Keahlian IKM dan juga newsletter bulanan(seperti di bawah)  kepada kita.


Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)
 Sijil Perakuan MMIC

MMIC Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)
Ini newsletter yang dapat tiap-tiap bulan. Pada last page, ada name list untuk new member untuk tahun 2015. Nama saya(dalam kotak merah).

6. Setiap tahun, kena renew keahlian. Yuran renew juga RM200.

Bila dah daftar sebagai MMIC, akan beri advantage untuk future career advancement. Tapi kena ingat MMIC juga terikat dengan Akta Ahli Kimia 1975. So, MMIC janganlah buat perkara-perkara yang sebarangan, especially yang menyalahi undang-undang.

Share this:

CONVERSATION

20 comments:

  1. haish... tak de can... hehe... apa pun mmg menarik, smg apa yg dilakukan memberi manfaat kepada semua...

    ReplyDelete
  2. backgroung kejuruteraan kimia tapi experience dgn chemist work dalam 4tahun boleh apply MMIC ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan: Kena ada degree Chemistry (Tulen/Gunaan. Course yang selain daripada chemistry, kena sit for the exam.

      Delete
  3. Assalam.. referral letter tu macam mana ya? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Anon. Boleh refer link http://penselduabee.blogspot.my/2016/03/contoh-referee-letters-untuk-permohonan.html untuk contoh referral letter

      Delete
    2. Ok terima kasih ye sis..

      Delete
  4. Miss, R&D dalam bidang kosmetik boleh apply MMIC ke (background apply chemistry)?
    yg referral letter itu bolehkah dikeluarkan daripada boss company jika tiada superior yang lebih berpengalaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. boleh jea asalkan ada degree Chemistry (Tulen/Gunaan) atau Kejuruteraan Kimia atau Biokimia (biochemistry).
      2. boleh. referral letter boleh dikeluarkan daripada boss company.

      Delete
  5. Assalam.. Sy bekerja dlm bidang manufacturing.. laboratory job sy hanya fokus pada viscosity dan pH testing.. boleh lepas ke qualification utk apply ahli ikm? terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada degree Chemistry (Tulen/Gunaan) atau Kejuruteraan Kimia atau Biokimia (biochemistry & anon dah kerja dalam bidang anon sekarang lebih 3 tahun, boleh.

      Delete
    2. Pembetulan: Kena ada degree Chemistry (Tulen/Gunaan. Course yang selain daripada chemistry, kena sit for the exam.

      Delete
  6. Kalau kejuruteraan teknologi biosistem/kimia boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh rasanya. kalau nak apply MMIC juga, Anon kena ambil kursus di IKM. ada exam sekali. Dah lulus, baru dapat title MMIC. kalo nak tahu lebih details, boleh call Tel: 6 03-7728 3272/ 6 03-7728 3858

      Delete
  7. Kalau non-Malaysian tp kawin org sini boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cukup 3 syarat di atas, boleh rasanya. Dalam syarat tak ada pun state kena warganegara Malaysia...kalo nak tahu lebih details, boleh call Tel: 6 03-7728 3272/ 6 03-7728 3858..

      Delete
  8. Background engineering kena sit down exam dari ikm x silap, satu lagi renewal fees bukan 200, tapi 150. Ape2 boleh call ikm untuk clarification.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info, Avant. Betul, course yang selain daripada chemistry, kena sit for the exam. Saya dah clarify dengan IKM.

      Delete
    2. Kalau keahlian masih lagi baru, still kena bayar rm200..macam saya nak renew untuk tahun kedua, kena bayar rm200. Kalau dah lama pegang keahlian , macam yang prof2 tue, baru cuma bayar rm150 untuk renewal.

      Delete