Main Sepak Pasir Di Pantai Cherating


Teringat masa bawak Dak Zafran ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan pada awal tahun lepas. Itu adalah pantai first yang Dak Zafran sampai. Masa tu Dak Zafran baru umur 6 bulan. Belum pandai berdiri pun lagi Arwah Mek pun ada join pergi PCB. Really miss that moment. Al-Fatihah to Mek.


Main sepak-sepak pasir

Sekarang bila bawak ke Pantai Cherating, Dak Zafran dah pandai main dah. Bila di pantai, Dak Zafran terus main sepak-sepak pasir. Main dengan excited pulak tu. Ntah apa yang diseronoknya sampai sepak-sepak pasir macamtu. Padahal cuaca panas terik kot. Tapi Dak Zafran maintain jea main di tengah-tengah panas. Cepat betul budak ni membesar.



Look at the camera...



Macam nak mandi

Tengok pukulan ombak kuat sangat, terus tak rasa nak mandi..

My two sengal annoying boys...hik hik..


Sunbathing?


Dak Zafran take a rest jap

Duduk atas riba papa

Pantai Cherating sekarang dah semakin limited. Susah nak cari yang bukan private beach, yang bukan under mana-mana resort. Yang jumpa pun, adalah sekangkang kera. Tapi itu tak mematahkan semangat Dak Zafran daripada menyepak-yepak pasir.

Pantai Cherating sekarang agak tak sesuai untuk mandi-manda.Tengok macam ombak kuat jea. Satu lagi, pantai-pantai di pantai timur ni jenis landai. Lagila bahaya untuk mandi-manda. Kitaorang just lepak-lepas, ambil gambar & layan Dak Zafran main sepak-sepak pasir.

Time dukung Dak Zafran untuk balik, Dak Zafran mengamuk-amuk. Tak puas lagilah kot main sepak-sepak pasir. Next time la yea bawak Dak Zafran jenjalan di pantai lagi. Siap dengan mandi pantai lagi yea.

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments: