Turunkan Kolesterol Dengan Cara Menukar Jadual Makan


Baru-baru ini, abah kena admit ke IJN untuk melakukan angiogram. Disarankan untuk melakukan angiogram sebab Abah dah start tak cukup nafas kalau buat kerja-kerja berat. Angiogram adalah satu pemeriksaan  mengunakan kamera yang dimasukkan ke dalam saluran darah di area jantung. Kamera ini akan melihat saluran darah mana yang tersumbat. Apabila dah tahu location saluran yang tersumbat, prosedur seterusnya akan dilakukan.  Ada pelbagai prosedur untuk merawat saluran tersumbat. Salah satunya adalah masukkan belon ke dalam saluran darah, untuk membesarkan laluan saluran darah. Cara kedua adalam tembak saluran tersumbat tersebut. Cara untuk kes yang paling kritikal adalah bypass. Gantikan saluran darah yang tersumbat dengan urat kaki(urat yang sihat).

Disebabkan abah belum serius, doktor just guna cara pertama sahaja. Tak boleh imagine besar mana kamera & belon yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Even saluran darah pun dah cukup kecil. Inikan pulak saiz kamera & belon. Itula kehebatan dunia perubatan.

Penyebab saluran salah tersumbat, salah satunya kolesterol tinggi. Kolesterol memang senang nak tinggi.. Kena pulak makan makanan Malaysia yang sangat rich with fat & oil, lagila susah nak control kolesterol. Kita tak dapat nak control pilihan makanan kita, maybe kita boleh control rutin masa makan kita. Jadual makan baik adalah seperti di bawah.

 Sarapan Pagi: 7- 8:30am (must within one hour after wake up from sleep)
Lunch: 12- 2:00pm (not later than 2pm)
Dinner: 6:30- 8:00pm

Dengan cara menukar rutin makan makan kita, sedikit sebanyak kolesterol dapat mantain pada level yang baik. InsyaAllah..

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment