Celebrate Mak & Abah 29th Anniversary

Thaipusam lepas, gediks family celebrate mak & abah 29th anniversary di Polperro Steak House. Dah yang ke 29 yea..lama dah marriage mak & abah.. Tapi still nampak lovey dovey macam pasangan baru kahwin jea.. Kami doakan mak & abah continue berkekalan & happy hingga akhir hayat. Bukan hingga ke anak cucu yea.

Nak citer pasal phrase ‘moga berkekalan hingga ke anak cucu’, “moga bahagia hingga ke anak cucu’ ni, actually dah tak boleh diguna pakai lagi.. Pada pendapat sayala. Phrase tu tak patut wujud pun. Ada ke patut wish hingga ke anak cucu jea. Then bila dah dapat cucu, tu yang ada dengar kes pasangan warga emas bercerai-berai. Sebab ada still wish-wish macamtula. Tapi of coursela, jodoh itu ketentuan dari Allah S.W.T. Maybe dah tak ada jodoh.  Dah banyak orang dah bincangkan hal ni. Tapi saya still dengar & nampak orang wish phrase tu especially untuk pengantin. Boleh nampakla di wedding present, xpun di guest book.  Saya just mintak dijauhkanla perkara sebegitu berlaku dalam family saya.  Even saya pun kalau tulis wish kat wedding card, saya memang tak pernah tulisla wish sebegitu rupa. Sebab kata-kata itukan satu doa. Takkanla nak doa benda yang menjurus ke arah negative.
Ok, stop melalut sensorang. Continue balik citer celebrate anniversary di Polperro Steak House. Review pasal makanan. Makanan di situ semuanya sedap & affordable. Minuman boleh dapat dengan harga bawah RM5. Kalau compare dengan Big Brother, harga minumannya semua RM10 ke atas. Kalau nak makan di Big Brother, macam gediks family bilnya confirm RM250 ke atas. Kalau Polperro boleh dapat tak lebih RM200. Dari segi rasa, maybe sama sedap. Tapi potion makanan di Big Brother sangat banyak. Kalau makan di Big Brother, confirm senak perut sebab terlampau kenyang sangat. Menu makanan di Big Brother lagi variety. Segala jenis masakan pun ada. Rambang mata dibuatnya. Kalau polperro masakan general jea. Overall, makanan di Polperro boleh bagi 3 setengah bintang (dah macam Maharaja Lawak Mega pulak).

Last but least, to Mak & Abah Happy 29th Anniversary. May Allah bless you two as much as I’ve been blessed through both of you. (Ayat copy dari Mr. Google.heee. Xpe, niat tu penting yea..:P) 
 Polperro is a Scenic Cornish Fishing Village in Corwall, England. Baru den tau..
 
Mus with lovey dovey couple
 
Auntie Didi & Uncle Yid
 
Makanan yang kitaorang order
 
 Abah order Rusa Grill
  
 Kimchi mulut penuh ke memang dah gumuk.
 
Mulut budak dua orang ni nak sama ke..heee..
 
 
Dak Zafran main kotak tisu pulak.Tak nampak muka.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment