Zafran Vacation without Mama

Selalu dengar anak kena tinggal sebab mak ayah nak pergi bercuti. Tapi bagi Dak Zafran, anak tinggalkan mamanye untuk pergi bercuti. Amboi..Amboi..Amboi..Dah pandai dah yea Dak Zafran ni. Tinggalkan mama kat rumah sebab ikut Grandma & Tokli pergi bercuti di Pantai Morib. Inilah untungnya tergolong dalam generasi ketiga. Ada grandparents yang selalu vacation, boleh cucu tumpang sekaki.

Mama Zafran bukanla sengaja pun nak Zafran ikut grandma & toklinya. Mama Zafran tak boleh nak cuti time tu untuk jaga Zafran. Ada stock take di office. Nak mintak tolong Auntie Didi pun tak boleh jugak. Bos Auntie Didi tak bagi cuti. Pengasuh dah tak ramai. Nak hantar kat pengasuh di area rumah grandma or taska Auntie Didi, kena cas mahal pulak. Kena bayar RM30/day. Nak tak nak terpaksala Grandma & Tokli bawa Zafran sekali.

Kalau boleh memang taknak la kacau diaorang pergi Pantai Morib. Biarla grandma take a break sekejap dari menjaga Zafran. Pergi Pantai Morib ni pun sebab Tokli ada kerja di situ selama tiga hari. Mama Zafran pulak tak pernah tinggal berjauhan dengan Zafran lebih dari 20 jam. Tapi nak buat macam mana.

Agak takut jugak Grandma & Tokli nak bawak Zafran berjauhan dengan mamanya. Takut Zafran susah nak tidur & nangis-nangis. Malam-malam  Zafran punya rutin selalu menyusu badan sambil berbaring di atas katil sampai terlelap. Pastu di hotel pulak tak ada buai. Grandma cakap if malam first tak boleh tidur, keesokkannya akan balik PJ. Tak akan spend satu malam lagi di Impian Morib Resort.

Rupa-rupanya grandmanya cerita tak susah pun nak tidurkan Zafran. Lagi senang adala..Sebab bilik hotel sangat sejuk. Actually nak tidurkan Zafran tak susah pun. Asalkan Zafran dah mandi, pampers kering, perut kenyang & tempat tidur selesa, bagi puting, confirm akan terlelap. Kena letak bantal kiri & kanan supaya Zafran tak aktif nak meniarap. Biar statik jea. Tidur malam pun lama. Kalau bagi susu 6oz pada pukul 8malam, pukul 9malam, dah terlelap dah. Then bangun balik pukul 1 pagi. Bagi susu lagi & tertidur balik sampai pukul 7pagi.

Senang jaga sangat sampai Grandma nak bawak Zafran pergi bercuti lagi. Cuma Mama Zafran sahajala sanggup ke tak, nak berjauhan dengan Zafran lagi.


 Zafran teman Grandma breakfast


Dah lepas breakfast, jalan-jalan untuk burn calorie.

 "Mana ikannya, Grandma. Zafran tak nampak pung.."

 Zafran pun ikut sama buat peace jugak macam Grandma

 Papa dah pandai berenang dah..Next Zafran pulak..

 Bilala Zafran boleh masuk kolam ni macam budak tu.

 Grandma tanya Zafran dah mengantuk ke..Kalau dah mengantuk jom masuk bilik

On the way nak balik bilik

 At last, ada jugak gambar Zafran dengan Tokli

 Zafran with his favourite toy

 Teman Grandma baca paper

 Ni betul-betul baca paper ke ni..:P

Meniarap atas lantai lagi best sebab sejuk.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment