Membawa Zafran mengenal Sejarah Negeri Kelahiran Papanya

Again, pergi ke Perak bukanla purposely nak bawa Zafran kenal sejarah negeri kelahiran Papanya pun (lahai..Dak Zafran baru 5 bulan jea pun). Cuti Sem dah nak habis, nak hantar Mus balik ke KMPK la. Dah alang-alang hantar Mus, pergila jalan-jalan sekali.

Trip to Pasir Salak dicadangkan oleh Abah a.k.a Tokli Zafran sebab tak pernah sampai sana lagi. Di situ terdapat kompleks sejarah yang membolehkan orang ramai mengenal sejarah & memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan yang menentang kuasa pentadbiran penjajah British.
Kenapa kompleks ini dibina di Pasir Salak dan bukannya tempat lain. Sebabnya di situ adalah tempat Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh(di tebing Sungai Perak) kerana ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu.   Pahlawan yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British adalah Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Tapi yang sedihnya at the end, kedua-duanya dihukum gantung.. Waaa..dah jadi Sejarahwan pulak dah.. Tak pun googlewan.Heee...


Ni bilik penginapan untuk bermalam. Not bad jugak bilik Hillcity Hotel ni..Harga pun berpatutan. Just RM70/night.

Lobi


Di entrance Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tak boleh ke invest sedikit untuk tampal huruf 'N' tu.. Tempat ni boleh jadi main attraction untuk pelancong kot.

Tengok direction board tu..serba-serbi ada..yang paling penting kubu & rumah Dato Maharaja Lela
 

Watch Tower

Terowong ini akan menceritakan sejarah tanah air & pahlawan-pahlawan menentang pemerintahan British

Harga tiket just RM5 untuk dewasa

Boleh pulak buat & bagi susu kat Zafran kat dalam terowong sejarah ni.

Di Muzium Keris

Zafran dah kenyang

Belakang tu adalah Sungai Perak

On the way nak pergi Rumah Dato Maharaja Lela. Tapi tutup pulak. Macam tak dibenarkan masuk jea. Just boleh tengok dari luar.

 
Dapat bergambar di luar pagar rumah Dato Maharaja Lela sahaja.


 Semangat Mus panjat Tugu Peringatan Pahlawan Perak

 
 Di sinilah tapak pembunuhan J.W.W Birch

 Usfie di Rumah Kutai

Dah penat berjalan, rehat sekejap di tebing Sungai Perak

Kaki Zafran tak boleh tahan..Dah gaya duduk macam bos-bos besar dah, letak kaki macamtu.

Tak perlu guna monopod pun untuk masukkan semua orang dalam gambar. Guna Mushandpod sudah..

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment