Shopping Designer Handbag At Johor Premium Outlet (JPO)
Haha..Terjebak dahkan. Tak terfikir pun nak shopping
designer handbag di JPO. Nak pergi JPO pun
sebagai cukup syarat bila dah sampai Johor. JPO pulak tempat shopping barangan
high end sahaja.
Memang tak terfikir langsunglah akan ada hasil di JPO.
Mula-mula sampai JPO, ternampaklah ada beberapa orang memegang paper bag Coach. Tapi still tak terfikir akan ada sale di Coach. Tempat target nak shopping di situ pun just di Cotton On. Dengar ada sale jugak di situ. Bila dah melintasi beberapa high end outlets & dah sampai di depan Coach outlet, masuklah ajela outlet ni. Konon-konon nak cuci mata dengan melihat coach handbags.
Window shopping di luar outlet jea
Adalah sale 30% untuk setiap handbags & etc yang ada di situ. Tapi after less pun, still more than RM1500 jugaklah harga handbagnya. Tak mampulah nak beli. Then, ternampak satu bahagian yang jual handbags yang harganya less than Rm1k. Banyak less maybe sebab design dah outdated. Belek punya belek, ada terjumpa design yang cantik. Walaupun outdated pun, materialnya leather kot. Even handbag yang tak ada brand pun tapi kalau full leather, harga tetap akan jadi mahal. Mimi & Kak Kirah apalagi, start menunjukkan minat untuk dapatkan coach handbag untuk diri masing-masing. Saya? Just jadi advisor jea untuk mereka. Saya pun dah ada coach handbag iaitu bag hantaran dulu. Still tahan lagi. Material leatherkan. Memang akan tahan lamalah, pakai lasak macammana sekali pun.
Lily, Salesgirl ni sangat helpful. Disebabkan terlampau helpful, dah terjebak shopping handbag.hehe
Mimi & Kak Kirah, dua-dua beli handbag yang dual function. Maknanya 2 in 1. First boleh jadi sling bag sebab ada shoulder strap. Ini untuk casual. Second kalau nak nampak lebih elegant atau nak guna untuk majlis formal, boleh bukak shoulder strap & akan jadi handbag. Nak pakai samaada pegang top handles atau masukkan tangan hingga ke siku. Pakai ala-ala mak datinla. Nak pakai sebagai shoulder bag pun boleh sebab top handles agak panjang yang boleh dipakai di atas bahu. Maknanya bukan dual funtionla beg ni. Dah trifunction. Jealousnya diaorang dapat beli handbag macamni. Dengan leather material lagi tu. Dapat dengan harga bawah RM1k.
Budak-budak duk kat air pancut
Geng pak2 ambil alih tugas jaga anak sementara tunggu mak-mak habis shopping
Duduk kat Coach outlet nak dekat 2jam jugak. Tak sempat dah singgah outlet lain. Pak-pak yang kena jaga anak, semuanya dah lapar. Actually semuanya tak lunch lagi. Penangan Coach handbag punya pasal, mak-mak dengan mimi sekali sampai tak ada rasa lapar. Kenyang tengok handbag.hehe. Dalam pukul 4 petang baru keluar JPO, nak mencari tempat makan. Next time kalau ada pergi JPO lagi, kena singgah Cotton On pulak. Situ pun boleh tahan jugak promotion nya.
Someone is really happy because have got something beautiful for herself
Haha..Terjebak dahkan. Tak terfikir pun nak shopping designer handbag di JPO. Nak pergi JPO pun sebagai cukup syarat bila dah sampai J...