Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS Ibu Bapa

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS Ibu Bapa
Sumber gambar dari google

Sekarang ini pelajar-pelajar baru sahaja memasuki musim baru alam persekolahan. Ibubapa pula harus mengetahui banyak perkara mengenai perihalan persekolahan anak-anak. Contohnya seperti jadual sekolah, aktiviti korikulum, jadual peperikasaan dan banyak lagi. Sebagai ibu bapa, kita sangat perlu untuk menitik beratkan pendidikan anak-anak. Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin keterusan masa depan mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini. Akan tetapi, bagi ibubapa yang berkerjaya ditambah pula kekerapan lewat pulang ke rumah, berkemungkinan besar ibubapa mudah terlepas pandang atau lupa untuk mengigati atau alert dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan persekolahan anak-anak. 

Tetapi sekarang ibubapa tidak perlu khuatir kerana ada sesetengah perkara ibubapa boleh diketahui secara online. Salah satunya adalah SAPS Ibu Bapa. Apakah SAPS Ibu Bapa itu? Kenapa anak-anak dan ramai orang bercakap mengenai saps ibu bapa ini? Sebelum bercerita lanjut, baca dulu artikel ini sampai habis. Semoga ianya bermanfaat untuk semua ibu bapa di Malaysia terutamanya.




Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS Ibu Bapa
Sumber gambar dari google

SAPS Ibubapa merupakan satu sistem online  yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.


Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS Ibu Bapa
Sumber gambar dari google

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibubapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga. Kini tidak lagi kerana sudah ada Sistem SAPS. Ketahuilah yang menurut pendapat pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ini adalah kerana, keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPSIbu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Ibu bapa digalakkan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut sahaja arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang dicadangkan, insyaAllah tiada lagi isu kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah. Jadi rajin-rajinlah layari di website seperti yang perlu klik di atas supaya ibubapa sentiasa alert dengan keputusan peperikasaan anak-anak duduki.

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS Ibu Bapa
Sumber gambar dari google

Selain itu, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Di samping itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila ibubapa sudah boleh menyemak keputusan anak pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan haruslah secara konsisten. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik. Sebelum mengakhiri artikel ini, sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments:

  1. Wah mmg up to date smua sistem skrg. Smua ny d ujung jari smudah ABC

    ReplyDelete
  2. lebih mudah nak pantau kalu macam ni kan

    ReplyDelete
  3. Senang pakai sistem online ini.. dekat mana-mana pun boleh check..

    ReplyDelete
  4. Mmg bagus sgt app ni.. Tp debornyee lahaiii mcm mak plk yg amik peksaa hahaa

    ReplyDelete
  5. BlueHost is definitely the best hosting company for any hosting plans you need.

    ReplyDelete