Abah's First Mall Walking After Recover From Illness.

Selepas Mall walking, lunch sekejap di Station Kopitiam


Jalan-jalan di Times Square adalah mall walking abah yang pertama selepas recover daripada sakit teruk, yang kena pada raya lepas. Abah kena gout sampai tak boleh berjalan. Bulan puasa kan kurang minum air. Jadi kandungan asid urik dalam badan menjadi tinggi & terkumpul pada sendi-sendi kaki. Itu penyebab abah langsung tak boleh gerakkan kaki & tapak kaki tak boleh kena apa-apa sentuhan. Nak makan pain killer, sebelum tu abah dah kena admit PPUM sebab ulcer perut.  Hb abah drop sampai 6. Kenalah stop makan apa-apa pain killer termasuklah Panadol. Tak boleh makan pain killer, terpaksalah menahan kesakitan semasa kena serangan gout.

Abah with his dietitian a.k.a mak.hehe



Selepas makan makanan yang dibenarkan oleh mak sahaja, barulah abah sembuh daripada beberapa penyakit. Mak kan rajin study di internet. Cari makanan-makanan yang boleh sembuhkan abah daripada pelbagai penyakit especially gout. Hasil daripada ikut diet yang ketat(tak adalah ketat sangat) ini, gula abah turun sampai 6. Jadi dah stop makan ubat kencing manis. Selain itu, tiada lagi serangan gout. So, pain killer tak makan dah. Cuma makan ubat turunkan asid uric sahaja. Berat badan abah pun turun mendadak. Daripada 100++kg, sekarang tinggal 80kg sahaja. Orang luar nampak Abah  macam unwell sangat sebab nampak berbeza sangat compare dulu & sekarang. Nampak unwell tu sebab muka nampak cengkung & badan semakin kurus.Tapi berat badan abah still belum dalam kategori BMI yang ideal. Masih lagi overweight. Doktor cakap still kena turunkan berat badan lagi, baru boleh capai berat badan yang normal. Cuma HB abah belum capai bacaan yang normal iaitu 13(for men).  Sebab tu abah nampak pucat sedikit. Nak bagi abah makan  makanan yang boleh tambahkan darah dengan kuantiti yang banyak, takut akan meninggikan kandungan asid uric pulak. Selalunya makanan yang ada iron, akan ada juga acid uric.



Top: Chicken Chop; Rasanya kurang sedap
Bottom left: Spicy Fried Rice; Nampak macam plain tapi rasa sedap
Bottom Left: Milk Shake Yem Juice; Sangat pekat & sedap. Rasa macam makan ice-cream.
Bottom Right: Cantonese Yee mee; Rasa kuahnya sedap. Siap ada 3 keping sotong lagi.

Makan dulu

Tak apala, maintain jea dengan lifestyle sekarang. Biasalah ambil masa sedikit untuk jadi sihat seperti muda-muda dulu.Hehe.  Tengok abah sekarang dah getting better. Jalan-jalan di Time Square pun boleh sampai 3jam. Okla tu. InsyaAllah, Abah akan fully bebas daripada penyakit 3 serangkai.

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. Semoga Abah Radhia diberikan Kesihatan yang semakin baik..

    ReplyDelete