Cakes Temptation At Sugar Rush, PJ

Cakes Runaway

Bila masuk-masuk sahaja Sugar Rush cafe, terus ternampak satu meja besar yang menghidangkan aneka pilihan kek. Woooo.. Banyak betul jenis kek yang boleh dipilih. Kalah Secret Recipe(SR).  Tapi harga keknya pun kalah SR jugak..boleh tahan sangatttt. Harga untuk one slice dalam range RM16. Tapi semua kek yang ada di situ mostly adalah kek butter/sponge cake. Banyak-banyak jenis kek pun, tak ada satu pun cheese cake. Tak tahu kenapa mahal sangat. Tapi kesemua jenis cake memang cantiklah & ada design tersendiri. Hiasannya mengunakan buttercream & juga topping.


Tempat ni Mus yang suggest. Dia tak pernah pergi pun lagi Sugar Rush ni. Dia just jumpa dalam internet. Tu yang hipster sangat pilihannya. Haha. Katanya kalau nak belanja mak, kena pergi tempat yang best untuk dilepak. Iyola, Mus.





Mahal-mahal kek pun, ambil jugaklah dua jenis cake iaitu Banana Cake with Salted Caramel & Creamy Moist Chocolate Ganache Cake with salted Buttercream. Dah sampai situ, takkan taknak try Sugar Rush punya Dessert Signature iaitu butter cakes. Bila makan, rasanya sedap giler woo.. Keknya gebu & butter cream nya sedap dan tak muak. Kek yang rasa manis diseimbangi dengan rasa masin pada buttercream. No wonderlah. harga RM16/slice.




Deretan kek-kek di atas meja besar ini dipanggil Cake Runaway. Cara nak order cake ada suggestion instruction.  First, jalan mengelilingi cake runaway untuk melihat & memilih kek yang ada dihidangkan di situ. Second, pergi di kaunter untuk place order cake yang dipilih & bayar. Third, cari tempat duduk & tunggu kek dihidangkan kepada kita.


Makanan yang ada di Sugar Rush

Place order di kaunter ni

Selain cakes, ada makanan lain jugak yang boleh order di situ. Tapi time kitaorang pergi, just ada empat jenis meal sahaja iaitu Churros, Sweet Potato Fries, Lemongrass Congee & Oxtail Stew. Order Churros & Sweet Potato Fries supaya boleh makan ramai-ramai. 

Long Black Coffee

Churros

  
Dak zafran suka giler makan Creamy Moist Chocolate Ganache Cake with salted Buttercream

Yang baju hitam tu, barista cafe ni(rasanya)

Tengah tengok menu

Banana Cake with Salted Caramel & Creamy Moist Chocolate Ganache Cake with salted Buttercream

Ice Chocolate

Shakingla aiii..

Adakah saya akan datang makan di Sugar Cakes lagi, jika terasa nak makan buttercake with salted buttercream? Rasanya takkot. Sebabnya, bagi saya harga untuk setiap yang ditawarkan di Sugar Rush terlampau mahal iaitu harganya tidak kurang daripada RM15, tak kiralah makanan ke, minuman dan juga dessert. Makanan yang ada di situ pun just light meal sahaja, yang bukan untuk mengenyangkan. Kalau nak makan cake, better saya makan di SR. Kalau nak order one whole cake untuk special occasion, saya dah ada favourite baker saya sendiri iaitu DrAsani. Komen untuk rasa makanan yang kitaorang order, for Churros rasanya just macam chakoi yang disalut dengan cinnamon + brown sugar, Biasa sahaja. Sweet Potato Fries mengunakan ubi keledek, pun rasa biasa sahaja. 

Apapun, Sugar Rush adalah tempat yang mempunyai hiasan yang cantik & selesa, yang sangat sesuai dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga atau dengan rakan-rakan. Dan yang paling penting semua yang disediakan di Sugar Rush adalah Halal.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment