Sticky Caramel Chicken

Sticky Caramel Chicken

Jumpa recipe Sticky Caramel Chicken ni FB. Bila nampak recipe yang mudah & just guna bahan yang memang dah ada di dapur, mulala terus cuba nak buat. Guna 3 jenis sos sahaja iaitu sos tiram, sos cili & kicap(sos ke..sort of la..botol kicap lebih kurang dengan botol sos jea). Bahan untuk goreng pulak just dua sahaja iaitu bawang putih & halia. 


Recipe Sticky Caramel Chicken.

Bahan-bahan
3 ketul ayam dipotong 2-3
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2 sudu besar minyak
1 inci halia -ditumbuk
7-8 sudu besar madu

Cara-cara:-
-Tumis bawang putih, halia,kepak ayam dlm kuali selama 5minit mengunakan non-stick pan.
- Masukkn sos cili,sos tiram,kicap dan madu,kacau dan tutup dengan penutup kuali.
- Bila dh masuk madu...sos akan berbuih-buih.
- Kacau sekali sekala lebih kurang 15 minit sehingga ayam bersalut dengan sos.


Sticky Caramel Chicken
Sos lebih yang ada di kuali dituang pada ayam supaya nampak lebih sticky & creamy

Makan dengan nasi kosong panas-panas, lagi sedap & menyelerakan especially time berbuka puasa. Recipe ni pun bakal digunakan untuk prepare juadah berbuka Ramadhan ni sebab sangat time saving. 

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment