My First Time Baking Simple Banana Cake

My First Time Baking Simple Banana Cake

First time buat banana cake ni. Tak sangka naik dengan gebunya. Just maybe nak kena biarkan bakar extra 5minit supaya warnanya lebih brown. Biasala first time buat, susahlah nak dapat yang perfect. Tapi rasanya ok dah. 


Dapat recipe ni di blog Azie Kitchen.


Banana Cake Recipe



Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
-Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
-Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
-Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
-Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

Warna banana cake tak menjadi pun, habis jugaklah Kimchi & Dak Zafran makan. Sebab rasa ok. Just warnanya cake tak brown, tak sama dengan warna kek pisang yang sepatutnya.Time bakar, saya keluarkan kek cepat sangat dari oven.  Tak sabar nau nak makan. hehe. Takpela practice make perfect. Next buat lagi, ok dah kot.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment