Peringatan Penting Jika Nak Buat Bumbung Slab Konkrit

Masa mula-mula dapat rumah, saya & Kimchi terus renovate rumah. Nak besarkan ruang tamu. Ruang tamu asal sangat sempit. Sekali family berkumpul, mau macam ikan tin sardin. Extend ruang tamu dalam 20 kaki ke hadapan. Untuk bumbung ruang tamu extend tu, kami berdua pilih  nak buat bumbung slab konkrit instead of bumbung genting. Kenapa kitaorang tak pilih bumbung genting biasa jea, yang kosnya more cheaper? The reason is kononnya untuk jangka masa panjang. In future, kalau nak extend tingkat atas pulak, kos penambahan akan lebih murah berbanding dengan bumbung konkrit. Kalau bumbung konkrit, nak kena buka bumbung ni balik untuk membolehkan struktur-struktur rumah disambung & lantai konkrit dibina jika mahu melakukan penambahan tingkat atas. Semua kerja ni menjadikan kos penambahan lebih tinggi & menganggu tingkat bawah.



Bumbung konkrit ni memang bagus untuk jangka masa panjang untuk sesiapa yang ada plan nak extend tingkat atas pulak. Tapi kena beringat, nak buat bumbung slab konkrit kena  tahu satu perkara sebab saya dah terkena dah. Sebab kalau tak buat betul-betul, kita akan berdepan dengan masalah bila bumbung ni dah siap nanti. Kena tahu yang bumbung slab konkrit haruslah weather proof. Satu lagi kena buat ada slope sedikit pada bumbung supaya tak trap air bila hujan. Tapi untuk bumbung rumah kitaorang, semua ciri-ciri ini tak ada. Kontraktor kitaorang yang buat bumbung pulak satu apa pun tak cakap apa-apa pasal bumbung ni. Bila dah siap &kena pulak pada musim tengkujuh, air hujan ni start meresap ke dalam bumbung konkrit kami ni. Mula-mula nampak kesan tompokan air sahaja pada plaster ceiling. Tapi bila dah banyak air dalam plaster ceiling, plaster ceiling dah start pecah & jatuh-jatuh di atas lantai. Air hujan menitik-nitik atas lantai. Try contact balik contractor asal tapi of course dia tak berapa nak layan. Kerja dia dah siap kan, duit pun dah dapat.

Gambar Bumbung Asal (Sebelum Repair)

Bumbung Slab Konkrit
Ceiling rosak sebab bocor
Bumbung Slab Konkrit
bumbung sebelum di simen

Bumbung Slab Konkrit
Lubang asal




Kimchi try repair sendiri dengan simen pada bumbung yang air hujan boleh meresap masuk. Time baru simen, bolehla tahan kejap. Tapi lama-lama simen tu terhakis. Nama pun kontraktor amatur. Dah tak tahan dengan ceiling yang semakin banyak pecah-pecah, terpaksalah mintak contractor area saujana untuk repair. Nak tunggu kontraktor asal dating, memang ke lautlah.
Kos yang kontraktor baru ni mintak untuk repair bumbung is  RM2000++. Mula-mula terkejut nak kena spend lagi. Dia cakap bumbung kami ni tak weatherproof. So dengan harga ni, dia akan make sure bumbung kitaorang waterproof & tak ada masalah bocor lagi.  Kerja-kerja repair yang dia buat untuk menjadikan bumbung slab konkrit waterproof adalah:

  1.  Simen lagi bumbung kami ada slope supaya air hujan  tak bertakung & menurun terus ke lubang paip
  2.  Ganti paip yang menyaluri air hujan dari bumbung terus  pergi ke longkang bawah, dari saiz ½ inch ke 3 inch
  3.  Repair ceiling pecah & cat
  4.  Guna simen waterproof & weatherproof. Kata  kontraktor, dengan mengunakan simen ni, air hujan tak  meresap masuk dalam simen lagi.
  5.  Tutup bumbung supaya burung tak boleh buat sarang  lagi. Ini pun kitaorang ada masalah jugak.
  6.  Warranty 6 bulan


Gambar Selepas Repair

Bumbung Slab Konkrit
Ni bumbung tepi master bedroom. Dipecah supaya lubang lebih besar. Lubang asal seperti seperti gambar di atas. Mula-mula ceiling bawah bumbung ni la yang start bocor. Time hujan lebat, air hujan tak boleh mengalir dengan banyak sebab lubang terlampau kecil. Ini menyebabkan air hujan berkumpul & meresap masuk ke dalam ceiling.


Bumbung Slab Konkrit

Disimen lagi mengunakan simen waterproof



Bumbung Slab Konkrit



Dibuat slope supaya air hujan terus mengalir ke drain pipe
Bumbung Slab Konkrit

Ceiling dah repair & di cat semula
Bumbung Slab Konkrit
Bumbung Slab Konkrit

Air hujan akan terus pergi ke lubang pipe tu

Bumbung Slab Konkrit
Mengalir masuk ke dalam longkang. Paip ni pun baru ditambah.

Tanya pendapat orang tua pasal harga ni. Diaorang cakap harga yang kontraktor ni quote reasonable. So, proceed ajeala. Sekarang dah 2-3 bulan lepas repair, belum nampak lagi air meresap masuk dalam plaster ceiling. Alhamdulillah. Hope maintain la macam tu sampai bila-bila. InsyaAllah. Nak buat apa-apa yang melibatkan rumah ni, especially yang nak kena guna kos yang tinggi, nak kena study betul-betul. Bukan jadi Macam kes ni, buat bumbung konkrit nak kena buat 2-3 kali kerja. Patutnya time mula-mula buat extend rumah & berbumbung konkrit, terus buat yang waterproof. Tak apala untuk peringatan kami berdua jugak supaya menjadi lebih cerdik..Ahaks.


Share this:

CONVERSATION

40 comments:

  1. bumbung umah saya pun bermasalah ni...tanya kos plak boleh tahan jugak, macam renovate 1 umah!!! itu sampai skrg xbuat2 lagi tu...husband repair sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. Ni dah repair satu bocor, ade satu lagi bocor kat piping toilet atas pulak..huhu..

      Delete
    2. Hi puan, saya anon yg slab bocor reply kat bawah tu. Bocor lagi ke? Saya faham perasaan puan sebab saya mengalaminya. Hari ni contractor hantar org baru tolong betulkan semua sekali..habis di korek semula..sedih + geram tapi tak boleh buat apa dah. Nasib baik contractor masih bertanggungjawab walaupun dekat setahun ambik masa..dah spent dalam 82K sapa tak geram kan. Harap2 ni dah last repair dan x bocor dah...

      Delete
    3. Nasib baikla kontraktor nak repair without kena any charges..kontraktor lama saya buat bodoh jea bila call suruh datang repair..huhu..padahal dia punya kerjalah yang ada defect ni..

      Delete
    4. Walaupun hantar repair tapi fundamental tak bagus, tak de jaminan untuk long term. tukang baru yg kontraktor hantar ni ckp besi x ikat, long term may be akan renggang, dia boleh buat tapi massive and saya tak sanggup take risk kalau hujan masa buat habis kitchen cabinet saya. Saya tak maafkan kontraktor tu sebab awal2 sub kat org and x monitor. Nak fix benda yg asas x bagus pun dah x guna. Apa yg saya nak share kat sini, kontraktor saya 2x accident, mungkin kifarah sebab tak jujur (tak bagitau sub kat org, tak monitor, main janji je tapi tak betul2 buat) sampai customer suffer ( bukan saya je, saya dgr ramai juga yg kena). Saya pun cakap depan2 kontraktor tu lain kali jangan buat mcm ni kat org lain, peniaya org. Apa2 pun saya harap masalah saya dan puan akan selesai.

      Delete
    5. susahnya bila dapat tahu fundamental tak bagus kan. Dengan kita duduk kat rumah tu lagi.. bersabarla yea anon. Bocor yang terbaru rumah saya tunggu ada duit sedikitlah, baru repair.huhu. apa yang boleh buat sekrang ni, just tutup piping sahajala supaya temporary tak bocor.

      Delete
  2. tuela..mula-mula nak biar jea.. baru jea byk spend masa renovate rumah. tapi bila biar jadi makin teruk especially musim hujan. plaster ceiling start pecah. tu yang panggil lagi untuk repair bumbung @Munirah Mustafar

    ReplyDelete
  3. Contact us for any renovation or repair job. We r expert in built n renovation especially for leaking n water proofing. Very fair price. Wan. CCengkih Construction. 019 359 4419.

    ReplyDelete
  4. Contact us for any renovation or repair job. We r expert in built n renovation especially for leaking n water proofing. Very fair price. Wan. CCengkih Construction. 019 359 4419.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam, ccengkih construction ni area mana?

      Delete
  5. Saya pun mengalami masalah yang sama. 2 slab pulak tu, belakang dan tepi. Kontraktor dtg repoir 3x,masih jadi dan makin teruk and now call x angkat dah. Boleh share contact no contractor yg betulkan slab bocor ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..Nombornye 012-2694584..Namanya Irwan. Tapi dia stay di Sungai Bulohla.Anon bolehla nak tanya dia.

      Delete
    2. Terima kasih.

      Delete
    3. kontractor irwan ni pun sama.berhati-hati.

      Delete
  6. Sama la jgk dgn umah saya ni.Teruk slap konkrit yg kontraktor tu buat.Carporch bocor,kt dapur bocor,ruang menonton pn bocor.Duit dh abih,hati sakit.Panggil kontraktor lain utk coatation,blh buat sebijik umah lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala dengan apa yang terjadi dengan saya. disebabkan saya naif & tak cukup knowledge, kontraktor ambil kesempatan. Tak apala, belajar daripda kesilapan.

      Delete
  7. memang banyak org teraniyaye... salah siapa ni... contrator ke owner.. yg berjaya tu benar yg kalah tu salah... contrator benar krn ia berjaya perdaya owner.. owner salah krn tidak tahu apa yg dibeli tuk apa yg di bayar.. 017 290 8001... saya akan bantu selesaikan masalah anda... yg baru nk buat, terbengkalai atau material tak cukup sempurna.. saya akan terangkan semua dan sediakan kertas kerja supaya owner tau brg apa yg dibeli dan dipasang tahap quality dan ketahanan... saya contrator tp bukan bermaksud kene buat gan saya.. sy pun byk keje andai ada rezeki sy pada tuan puan mungkin saya buat.. saya akan carikan contrator dan akan pastikan owner tk tertipu.. ilmu yg saya beri bila diagihkan terus insya allah ia akan ubah contrator lain agar lebih jujur dan amanah pasal owner punyai asas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian tuan. Jika tuan ikhlas membantu pelanggan tuan, InsyaAllah tuan akan berjaya di dunia & akhirat..

      Delete
  8. memang banyak org teraniyaye... salah siapa ni... contrator ke owner.. yg berjaya tu benar yg kalah tu salah... contrator benar krn ia berjaya perdaya owner.. owner salah krn tidak tahu apa yg dibeli tuk apa yg di bayar.. 017 290 8001... saya akan bantu selesaikan masalah anda... yg baru nk buat, terbengkalai atau material tak cukup sempurna.. saya akan terangkan semua dan sediakan kertas kerja supaya owner tau brg apa yg dibeli dan dipasang tahap quality dan ketahanan... saya contrator tp bukan bermaksud kene buat gan saya.. sy pun byk keje andai ada rezeki sy pada tuan puan mungkin saya buat.. saya akan carikan contrator dan akan pastikan owner tk tertipu.. ilmu yg saya beri bila diagihkan terus insya allah ia akan ubah contrator lain agar lebih jujur dan amanah pasal owner punyai asas..

    ReplyDelete
  9. stressnya...rumah saya pun dah renovate sejak bulan 7 hari tu, bulan ni baru penyewa masuk.Baru dudk 4 hari,dia dh complaint siling bocor smpai banjir..harap2 kontraktor nak bertanggungjawab sebab dah lama tu.Sebelum ni takde penyewa,jd tak tau ada masalah atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah hati kalau siling bocor..lagi2 time musim hujan..Sebab dah makin worst, terpaksalah repair jugak walaupun kewangan tak berapa nak mengizinkan.

      Delete
  10. stressnya...rumah saya pun dah renovate sejak bulan 7 hari tu, bulan ni baru penyewa masuk.Baru dudk 4 hari,dia dh complaint siling bocor smpai banjir..harap2 kontraktor nak bertanggungjawab sebab dah lama tu.Sebelum ni takde penyewa,jd tak tau ada masalah atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Saya juga terkena, tapi selps setahun lebih buat..panggil Indo kena rm1600, alhamdulilah, slps 3 bulan masih ade minor saje tidak lagi spt kontraktor pertama,yg minor nie says buat sendiri, saya tutup dgn zink...hingga skg..ok dah

    ReplyDelete
  12. Saya juga terkena, tapi selps setahun lebih buat..panggil Indo kena rm1600, alhamdulilah, slps 3 bulan masih ade minor saje tidak lagi spt kontraktor pertama,yg minor nie says buat sendiri, saya tutup dgn zink...hingga skg..ok dah

    ReplyDelete
  13. Looking for the Best Dating Site? Create an account to find your perfect match.

    ReplyDelete
  14. Klu area banting, dengkil dan kwsn brhampiran hati2 dgn kontraktor nama ayob, byk iklan die kt internet. Sy dh trkena tny pkcik google pny psl. Repair bocor kt siling tandas, kerja x smpi sejam, brg pn beli x smpi rm50, glue rasanya, total kos rm1500. Resit x bg, tny bpe kos brg, kos upah, x nk bgtau, kononnye tanggungjwbla, itula, inila, tngungjwb bpk die la cilaka btul. Niat dihati nk cari org mlayu, rupenye mlayu sorng ni lg jht dr cina dan yahudi. Lg trguris hati kesan bocor masih ade lg, bangsat pny mlayu. So hati2la, duit bkn snang nk cari, jgn trbazir mcm tu saje, klu 2,3 ratus xpe lg ni 1500, mmg x kuhalalkn dunia akhirat.

    ReplyDelete
  15. Hi..saya ada buat service reno repair rumah lektrik...etc..boleh cl/wsap saya jika percaya pada melayu yang sorang ni..insyallah...0133308636

    ReplyDelete
  16. I faced the same issue n as all know original contractor disappeared! Hv spent 30K but still leak each time it's rained I live in fear. To the contractor Bakti Serantau En Mazlan Amid, I will be waiting for u di akhirat..

    ReplyDelete
  17. Untung perkongsian jgn mudah sgt pecaya ckp kontraktor. Kita kena belajar dahulu serba sedikit drpd yg mahir. Tak.pun search kt internet. Skrng semua nk duit kita je. Cakap je pandai buat x tahu.
    Duit kita jugak yg habis berpuluh2 ribu. Contoh slab ada rumah x letak waterprof tapi x bocor sbb nya simen gred yg betul. Besi yg cukup dan susunan besi dan cangkup pd yg betul.so kalau nk buat slap kita sendiri kene pantau semasa prosess buat. Insya Allah kuat tahan x bocor.

    ReplyDelete
  18. Kebanyakan kontartor sebelum dapat duit mcm2 janji manis dia bg. Buat yg terbaik utk rumah kita. Dah dpt duit ada yg hilang mcm tu je. Ada yg buat separuh jalan. Ada yg buat lebih kurang je. Harap kontartor2 jgn lah nk untung sekejap je. Duit Insya Allah boleh cari tp kepecayaan sampai bila2 org dh x pecaya kpd kamu dan keluarga kamu.

    ReplyDelete
  19. Assalam .. saya ingin berkongsi pengalaman bekenaan dgn kebocoran bumbong & dinding. Utk makluman dlm bahasa yg mudah d fahami ianya berpunca dr ujudnya sumber air samada dr hujan, air yg bertakong, dr paip air & lain2nya d tambah pula dgn kualiti konkrit, pemasangan bahan bumbung yg x baik serta beberapa faktor lain.
    Terdpt byk kaedah penyelesaian kpd masalah ini antaranya adalah kaedah atau 'sistem' pembaikan yg puan Radiah pilih. Kaedah ini juga baik, cuma kita perlu tahu kelemahannya. Salah satu kelemahannya elak dr membuat kerja2 mengetuk lantai atau gegaran kuat d sekitar kawasan yg dah d baiki. Ketukan & gegaran boleh menyebabkan waterproof jenis ini fail atau rosak. Utk maklumat tambahan, ada penyelesaian masalah ini yg menggunakan bahan yg lebih flexy.
    Kaedah menangani masalah ini juga ranging dr quick solution, sementara, gradually, permanent & deviation. Berjumpa & mintalah nasihat dr kakitangan pengurusan & penyenggaraan bangunan yg berpengalaman bg mendptkan penilaian masalah tersebut dgn lebih bekesan. Saya harap maklumat ini mampu membantu sahabat2 sekalian menangani masalah ini dgn bijaksana & tidak teperangkap dgn kontraktor yg x berhemah atau dgn produk yg salah atau kurang berkesan. Dr pengalaman saya, x keterlaluan kalau saya katakan lebih dr 60% hartanah samada landed property atau strata mempunyai masalah ini selepas 2 tahun ianya d duduki

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum sy kontraktor bumbung jg ...selalu ambil sub dr maincon ...pyh dpt direct dgn owner walaupun skrg dah boleh buat rumah sebiji....maaf la kbykn kontraktor ni sub kt kita org harga bg mati sedangkan bumbung adalah asas ....harga nk murah tapi bumbung nk standard banglo ....jadi sesetengab subcon akan buat kerja ikut suka ...maka jadilah bocor sini sana ...semua nk cut kos ...nak untung lebih bagai ...untung2 jg mau org dok sumpah seranah dpt duit byk mn x guna....

    ReplyDelete
  21. bumbung slab utk porch 2tiang adakah benar hanya maksima selebar 20kaki shj? jika 20 kaki ke 24 kaki harus 3 tiang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..saya memang tak tahu sangat pengiraan macamni.kena tanya terus pada kontraktor atau yang arif dengan perihalan pembinaan rumah

      Delete
    2. 30 kaki 2 tiang pun boleh tapi kena pakai besi y16

      Delete
  22. Firman WGTO
    Kemahiran bina rumah,renovate,serta baiki rumah.ada banyak rumah siap yang boleh dijadikan contoh atau testimoni..(pahang)
    0129527197

    ReplyDelete
  23. Bagus info ni kak. Kekadang kita yang tak tahu apa-apa bila kena kencing dengan kontraktor yang tak bertanggungjawab masak juga kita. Lepas baca pengalaman akak ni bolehla buat guideline nanti. Terima kasih kak

    ReplyDelete
  24. Salam. Boleh dapatkan nama dan nombor kontraktor yang baiki slab tu? Macam mana hasil kerja dia sesudah almost 1 tahun. Tk

    ReplyDelete
  25. Assalam....kalo kontraktor tak nak bertanggung jawab, boleh buat aduan kat Tribunal Pengguna(dalam masa 3 tahun kalo tak silap)....insyaAllah dapat keadilan

    ReplyDelete