Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas


Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas



Ayat macam bebas dari pengaruh dadah jea..hehe..Takla, kas-kas jea. Apa itu Kas-Kas sebenarnya. Kas kas adalah biji daripada bunga pokok popi yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Ia akan dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari. Cara untuk mengenali makanan yang telah ditambah kas-kas ada tiga. First, kuah yang dicampur dengan kas-kas kelihatan pekat & nampak sedap. Second, rasanya of course sedap. Yang third, selepas makan makanan yang mengandungi kas-kas, kepala akan rasa berat & mengantuk. Kalau lagi banyak portion yang dimakan, mesti akan tertidur.

Kebanyakkan kari nasi beriani yang saya pernah makan, yang rasanya sedap, selepas makan mesti kepala saya akan rasa heavy. Selalunya akan tertidur. Maknanya confirm dicampur dengan kas-kas. Kalau setakat guna rempah-ratus biasa, takkan adala rasa pening kepala.

Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas
Don't judge this food by its look..Nampak macam biasa tapi rasanya sangat superbbb..

Tetapi berlainan pula dengan Nasi Beriyani Sena di Batu Pahat.  Tempat ni recommended by my SIL, Mimi. Saya order Nasi Beriyani with Kari Kambing. Kuah karinya sangat pekat. Rasanya of course sedap kalau visually pun dah nampak pekat. Ada rasa manis-manis daging kambing. Saya fikir confirmla ada kas-kas dalam kuah kari ni kalau dah nampak pekat semacam. Confirmla akan rasa berat kepala & mengantuk lepas makan kuah kari kaww ni. Rupa-rupanya tak. Tak rasa mengantuk langsung. Siap boleh shopping & jalan-jalan lagi di Ayer Hitam.  Maknanya Kari Nasi Beriyani Sena sedap bukanlah disebabkan dicampur dengan kas-kas. Maybe ada secret recipe yang tersendiri. Saya rasala tak ada kas-kas sebab langsung tak rasa pening kepala lepas makan kuah kari ni.

Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas
Belakang tu salah satu group of chinese yang sedang menikamti nasi beriyani dan juga mee kari. Makanan selain nasi beriyani pun ada di situ.

Mimi cakap Nasi Beriyani Sena memang sedap pun. Sangat famous di Batu Pahat. Geng-geng U Mimi suka makan di situ. Even Chinese pun ramai makan di situ. Orang cakap kalau nampak ramai Chinese yang suka makan di gerai melayu, maknanya masakan gerai tu betul-betul sedap. Ada orang cakapla. Time saya makan haritu, ramai Chinese pun makan nasi beriyani jugak.  Kedai Nasi Beriyani Sena hanya gerai biasa jea. Lokasinya pun di tepi jalan. Tapi kebersihan tip top walaupun di tepi jalan. Lepas ni kalau pergi lagi Batu Pahat, Nasi Beriyani Sena akan jadi destinasi wajib untuk singgah.


Share this:

,

CONVERSATION

2 comments: