Kimchi As Mr. Mama For 3 Days

Kali ini adalah paling lama Kimchi kena jadi Mr. Mama iaitu selama 3 hari. Mama Dak Zafran nak kena attend Perkin Elmer Workshop di Grand Lexis.  So, Kimchi kenala take over  tugas Mother. Upah Kimchi adalah percutian di Grand Lexis, PD selama 3 hari 2 malam. Maknanya Kimchi tumpang sekali stay di Grand Lexis dengan saya. Haha. Tumpang-tumpang pun bermalam di Grand Lexis kot. Rate 5 Star. Bukan calang-calang hotel. Nak bayar sendiri, tak tahula bila. Kimchi kena apply cuti 3 hari untuk jadi Mr. Mama. Nasib baik cuti banyak.


Kimchi kena join sekali sebab Dak Zafran still BF. Tidur malam wajib BF dulu. Memang terpaksala Kimchi  ikut sekali. Mula-mula sampai GLPD, ingatkan saya seorang jea bawak family, rupa-rupanya hampir semua participant bawak family. Ada participant yang bawak suami & anak-anak sekali, ada yang bawak mak untuk tolong jagakan anak, bagi yang spouse tak dapat join. Yang single-mingle, siap ajak member suruh stay sekali. Kiranya apa yang saya buat ni tak adala rare sangat. Yeala of coursela bawak family member sebab semua dapat bilik yang ada dua katil king. Katil king tu, bukan queen.


Workshop ni tetap saya attend dengan jayanya. Tak ada mengular yea.  Bawak family pun, diorang buat hal sendiri kat dalam bilik.  Langsung tak beri apa-apa effect pada saya. Saya tak miss training ni satu hari pun. Bukti tak ada mengular, ketiga-tiga hari saya stay training sampai habis. Ada participant dah balik awal dah. On second day, last activity ada team building. Ramai participant tak join sebab habis pukul 7. Itupun saya join jugak. Siap group saya dapat 1st place lagi. And bukan itu sahaja, itu markah keseluruhan, group saya jugak yang dapat 1st place. Dapat markah tinggi pulak tu, jauh meninggalkan 3 group yang lain. Just nak cakap komited tak komited saya dengan workshop ni.

Water Chalet

Dak Zafran jalan-jalan di Water Chalet sementara tunggu dapat Check In. Mama tengah attend workshop

Dak Zafran tengok apa tu

Dak Zafran macam geram jea tengok gelongsor air tu

Muka Dak Zafran dah ketat sebab tunggu selama 3 jam, baru mama Lunch break. Sian Dak Zafran.

Ok, full stop cakap pasal ni. Nak cerita pasal vacation pulak. Mula-mula dapat masuk bilik, terkejut tengok bilik ada dua katil king. Bilik paling cikai bagi Grand Lexisla pun ada dua katil king. Then di luar ada private pool. My god, inila first time saya dapat stay di bilik hotel yang ada private pool sendiri. 

Naik Buggy Car untuk pergi ke bilik. Kimchi tak dapat naik sebab kena tolak stroller.

Akhirnya dapat dah masuk bilik

Private Pool

Baru attend training dapat dah mini hamper. Dapat sebab Berjaya jawab tricky pop quiz.

Bathroom

Siap ada box untuk paket-paket minuman ni.



Dak Zafran ready nak swimming

Budak berdua mandi time saya lunch break. Saya hanya mampu tengok ajela


Kimchi & Dak Zafran swimming sampai 2-3 times/day kat private pool tu. Dak Zafran sangat excited mandi kolam. Papa Kimchi siap beli pelampung untuk Dak Zafran. Saya sempat dua kali join diaorang swimming. Budak berdua ni la untung. Tapi untung-untung pun, Kimchi kebulur kot time first day. Sebab makanan tak ada dalam bilik, tak sempat nak beli sebelum sampai hotel. Nak keluar beli time saya training, tak berani nak  drive sorang2 bawak Zafran. So, tunggu sahajala sampai saya balik bilik. Time saya balik, barula keluar pergi makan kat kedai mamak & beli sedikit makanan di Giant. Itupun rushing sebab malamnya saya still ada aktiviti lagi. On second day Kimchi lunch dengan Meggi yang dibeli di Giant. Tapi malamnya dapatla join dinner buffet di hotel sebab organizer benarkan bawak family member sekali. Barula Kimchi dapat makan dengan proper.


Mr. Mama yang Berjaya


Ada microwave oven di mini pantry.

Dak Zafran tidur

Mengintai Kimchi dari bathroom melalui tingkap

Kimchi tengah bersantai

Masa ni Mama baru habis teambuilding. Dapatla jalan-jalan di sekitar Garden Pool Villa dengan Dak Zafran


Baru dapat kakila katakan..

Dah kepenatan mintak didukungla


Ni la baru dapat join mandi dengan budak berdua di private pool. Dah hari kedua dah pun.

Tak mau dah duk dalam pelampung. Berendam dalam air lagi best.

Selfie dulu

Kimchi ajar Dak Zafran berbaring dalam pelampung


Dengan mengunakan skill Kimchi, Berjaya ambil gambar satu family swimming dalam private pool

Ready nak pergi dinner buffet

Guna skill Kimchi jugak
Di sekitar lunch buffet

Antara participant yang ada bawak family. Yang hujung kiri, di stroller tu siap bawak mak & baby.

Happy Kimchi sebab dapat makan nasi

Dah gain weight 4kg sejak Raya ni. No wonder nampak chubby & gemuks

Baru nak bergambar di water chalet, Dak zafran dah melalak. Tu signal dah mengantuk. Cancel plan nak bergambar.

Kenala Kimchi dukung dak Zafran

Permandangan di Water Challet pada waktu malam.

Di sekitar Garden Pool Villa kitaorang

Di hadapan pintu villa

On last day, sempat lagi kitaorang bertiga swimming for the last time. Memang bergambar puas-puasla. Then attend workshop pukul 9 & habis pukul 1pm. Lepas check out, kitaorang pergi visit Muzium Tentera & Teluk Kemang. Ingatkan nak bawak Dak Zafran tengok Ostrich di Ostrich Farm. Kimchi cakap tunggula Dak Zafran besar sedikit. Sekarang Zafran tak berapa nak faham lagi. So , tak jadila. Dak Zafran pun nampak macam dah kepenatan.

Pada hari ketiga. Swimming dulu sebelum pergi workshop




Gambar dah cantik sebab Dak Zafran gelak, tapi position kamera ke atas sangat pulak. So, Kimchi just Nampak kepala jea

Pernah training swimmingla katakan

Dak Zafran tengok ajela Papa duk terjun pool

Cara backflip pulak. Sempat lagi tutup hidung tu

Bolehla bagi markah 6.5

Saya pun nak jugak terjun tapi takut-takut. Resultnya jadi macam nila. 

Lompat bintang pulak

Di Muzium Tentera Darat


Badan macam kecik tapi boleh carry beban depan & belakang. Kalau saya,boleh tercabut tulang belakang.

Di Replika Kapal Parameswara

Dak Zafran ingat kucing kot dalam cermin tu. Duk tepuk-tepuk kat cermin macam nak belai.

Baca sejarah dengan penuh focus

Panas terik

Di memorial tentera

Kereta api lama

Auntie belakang tu photoboom ke

Di Teluk Kemang

Tak ramai mandi laut lagi sebab cuaca terik sangat

Kimchi a.k.a Mr. Mama

Tugas Mr. Mama dah pun selesai. Tq Kimchi. Dapat dah kan upah..ahaks..

Seronok jugak dengan percutian pertama kami bertiga walaupun bukan actual vacation. Saya & Kimchi tak pernah lagi bercuti berdua dengan Dak Zafran. Selalunya mesti ada family member lain (samaada  dengan Gediks family takpun Mohd Noor's Family) yang join sekali & tolong kami. Tapi through vacation ni, nampak gaya kami berjaya bercuti dengan anak kecik dengan sendirinya & tanpa rasa kekok . Lepas ni bolehla start plan vacation di tempat lain.



Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment