Tiramisu Pudding

Asal jumpa resipe simple jea, saya mesti terus try nak buat. Lagi-lagi kalau mengunakan bahan yang harganya murah. Tiramisu pudding adalah salah satu dessert yang kerap saya buat kerana resipe nya mudah.

Resipe tiramisu pudding.

Bahan-bahan
1 packet standard biskut marie coffee.
1 tin susu cair.
Air coffee
4 tbsp gula
4 tbsp tepung kastard
serbuk milo
1 cawan air

Cara-cara
1.  Masukkan susu cair, tepung kastard, air & gula ke dalam periuk
2.  Masak sehingga pekat. Elakkan dari berketul-ketul. Kalau berketul jugak, boleh tapis.
3. Rendam biskut marie ke dalam air coffee/nescaffe. Susun biskut marie di dalam mangkuk puding hingga menjadi satu layer.
4. Tuang campuran kastard di atas lapisan biskut marie. Campuran kastard menjadi lapisan kedua.
5. Ulang langkah 3-4. Total layers are 4. Kalau nak tambah lagi 2 layer pun boleh, kalau ada lagi campuran kastard.
6. Tabur serbuk milo di atasnya.
7. Simpan di dalam peti ais. Puding ni sedap dimakan time sejuk.

Separuh pudding dah dibaham oleh Kimchi

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment